Belajar bersungguh-sungguh. Pensel tu menulis di tanah SJKT Pulau Sebang. Tapi, siapa yang menulis?
Pemandangan dari pintu bilik pemulihan. Kelihatan Bukit Tampin
Mereka belajar...
| | |
Ditulis oleh PEGAWAI NKRA | |||||||||||||||||||
Isnin, 22 Mac 2010 11:19 | |||||||||||||||||||
Kepada : Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah Di Daerah Alor Gajah Tuan / Puan, SENARAI JAWATANKUASA SKPM DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH BERDASARKAN KEPUTUSAN PKS Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Bersama-sama ini disertakan surat edaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(JNJK) 1100/4/C(36) bertarikh 10 Disember 2009 berhubung Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 3. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah ingin memaklumkan kepada semua Pengetua / Guru Besar untuk mewujudkan satu Jawatankuasa SKPM bagi menentukan tugas ahli yang terlibat dalam mencapai sasaran Skor SKPM sekolah masing-masing. Senarai ahli JK SKPM serta tugas ahli hendaklah di hantar ke PPD Alor Gajah mengikut format yang telah ditetapkan (Lampiran A) dan diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan Rancangan Pemajuan Sekolah yang telah dinyatakan dalam proses aliran seperti yang terdapat dalam lampiran B dan C pada atau sebelum 31 March 2010 ke unit NKRA En. Zamri Bin Mohamad Yusob atau En. Mohd Sabri Bin Sulaiman. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
| |||||||||||||||||||
| | |
Makluman Semasa (Bahagian Teks Yang Scroll) | ||||
Ditulis oleh MOHD ARSHAD OTHMAN | ||||
Isnin, 22 Mac 2010 09:03 | ||||
Kepada Semua Guru Besar SK/SABK/SJKC/SJKT Daerah Alor Gajah Sila hantar data LINUS Saringan 1 2010 dengan segera.
|
| | |
Ditulis oleh Zakaria b Othman | ||||
Jumaat, 19 Mac 2010 09:53 | ||||
Tahniah kepada GDM yang telah membuat pengemaskinian data emis online seperti di attachments.
|
| | |
Ditulis oleh UNIT HEM | |
Rabu, 17 Mac 2010 11:21 | |
Mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan kawasan sekolah tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes.Pemeriksaan hendaklah dilakukan berdasarkan borang KD 1 dan KD 2 .Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah akan menjalankan pemeriksaan di sekolah -sekolah pada bila bila masa dan akan mengambil tindakan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 ( Pindaan 2000 ) sekiranya terdapat pembiakan aedes,kompoun RM 500.00 akan dikenakan. |
| | |
Ditulis oleh Unit Kurikulum | |
Selasa, 16 Mac 2010 15:56 | |
Kepada Pengetua/Guru Besar, Sekolah Menengah/Rendah, Daerah Alor Gajah. Untuk makluman dan tindakan sekolah Men/Ren berkaitan (u.p: Setiausaha peperiksaan sekolah). Didapati sekolah masih lagi belum melengkapkan/mengemaskinikan maklumat Qnet secara online (Ujian 1). Sila ambil tindakan dengan kadar segera. |
| | |
Ditulis oleh Zakaria b Othman | |
Isnin, 15 Mac 2010 16:41 | |
Diminta semua GDM, sila semak semua medan yang terdapat di dalam emis online seperti peribadi, perkhidmatan, kelulusan akademik, kelulusan ikhtisas, latihan, elaun, mata pelajaran ajar, sejarah perkhidmatan, kokurikulum dan tugas khas bagi guru dan bukan guru. Semakan ini perlu dilakukan oleh GDM kerana terdapat 124 muka surat ralat termasuk ralat kritikal bagi Daerah Alor Gajah. Sila bertindak segera! |
| | |
Ditulis oleh Zakaria b Othman | ||||
Isnin, 15 Mac 2010 09:50 | ||||
Diminta GDM sekolah, sila buat pengemaskinian enrolmen seperti pada 28 Feb. 2010 bagi sekolah-sekolah di attachments.
|