LOGO


Tuesday, September 9, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

KAMI WARGA SEKOLAH SJK(T) PULAU SEBANG SERTA IBU BAPA MENDOAKAN KESEMUA PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2014 SEMOGA BERJAYA MENJAWAB SOALAN DENGAN CEMERLANG.

SEMOGA BERJAYA....
UPSR 2014



PERTANDINGAN SAJAK

SEMPERNA BULAN KEMERDEKAAN

sungguh bersemangat para peserta menyampaikan sajak mereka, ia dengan serta menimbulkan perasaan dan memupuk sifat sayang,cinta dan kasihkan Negara Malaysia yang aman damai,serta terjaga keharmonian negara. 

sedikit coretan :




Wednesday, September 3, 2014

PERTANDINGAN MEREKA KOLUM
SEMPERNA BULAN KEMERDEKAAN YANG 
KE 57 TAHUN

pertandingan mereka kolum semperna menyambut bulan kemerdekaan yang ke 57, peserta pertandingan ini di terdiri daripada guru dan pelajar.

menarik,kreatif dan ceria.





sekian.....salam kemerdekaan...

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2014
TEMA : DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
SJK (T) PULAU SEBANG

Semperna sambutan bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah menganjurkan beberapa aktiviti bagi menjayakan sambutan tersebut. Pertandingan nyanyian lagu patriotik ini telah diwakili oleh pelajar-pelajar tahun 1 sehingga tahun 5. pelajar tahun 6 tidak dapat menjayakan program ini bersama kerana bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi.

ini merupakan sedikit coretan gambar yang dapat dikongsikan untuk pertandingan nyanyian lagu patriotik.












Wednesday, August 27, 2014

salam sejahtera.....

setelah sekian lama berdiam diri, kini kami kembali semula mengaktifkan blog kami....

"SELAMAT DATANG KE BLOG SJK (T) PULAU SEBANG"



Monday, November 22, 2010

Selamat Bercuti

Salam Sejahtera,

Pihak SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar SJK(T) Pulau Sebang tahun 2010 dan juga selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar Tahun 6 (2010) yang akan membuka lembaran baru dalam sejarah persekolahan mereka dengan memasuki alam sekolah menengah. Kami di SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan tahniah kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu da meningkatkan usaha anda dimasa akan datang manakala yang kurang berjaya diharapkan dapat menguatkan semangat anda dan lipat gandakan usaha untuk masa yang akan datang. Cuti persekolahan 2010 bermula pada 20 November 2010 dan akan berakhir pada 2 Januari 2011 nanti. Selamat bercuti kepada anda semua dan isi masa cuti anda kali ini dengan melakukan perkara-perkara berfaedah dan menyeronokkan anda. Jangan lupa ke sekolah tahun hadapan ya!!

Blog Palsu

http://ipulausebangtamilschool.blogspot.com/

Seperti yang disenaraikan di atas, blog tersebut adalah blog palsu bagi SJK(T) Pulau Sebang. Penulis blog tersebut cuba mengambil berita-berita asal dari blog ini dan disenaraikan dalam blog tersebut tanpa kebenaran dari pihak penulis blog ini dan SJK(T) Pulau Sebang. Oleh itu, penulis blog tersebut dinasihatkan untuk membatalkan akaun blog tersebut kerana melanggar hak kerana blog ini merupakan pemuka dan imej SJK(T) Pulau Sebang dan tidak boleh ditiru atau diciplak oleh mana-mana pihak kecuali mendapat kebenaran pihak penulis blog www.sjktpulausebang.blogspot.com atau terus melalui pihak SJK(T) Pulau Sebang. Harap pengikut atau pembaca blog asal ini sedia maklum dengan permasalahan ini. Sekian