LOGO


Wednesday, March 31, 2010

Sekitar SJKT Pulau Sebang

 
Belajar bersungguh-sungguh. Pensel tu menulis di tanah SJKT Pulau Sebang. Tapi, siapa yang menulis?

Pemandangan dari pintu bilik pemulihan. Kelihatan Bukit Tampin
Mereka belajar...


Tuesday, March 23, 2010

JAWATANKUASA SKPM


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PEGAWAI NKRA   
Isnin, 22 Mac 2010 11:19
Kepada :

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Di Daerah Alor Gajah

Tuan / Puan,

SENARAI JAWATANKUASA SKPM DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH BERDASARKAN KEPUTUSAN PKS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Bersama-sama ini disertakan surat edaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(JNJK) 1100/4/C(36) bertarikh 10 Disember 2009 berhubung Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

3.         Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah ingin memaklumkan kepada semua Pengetua / Guru Besar untuk mewujudkan satu Jawatankuasa SKPM  bagi menentukan tugas ahli yang terlibat dalam mencapai sasaran Skor SKPM sekolah masing-masing. Senarai ahli JK SKPM serta tugas ahli hendaklah di hantar ke PPD Alor Gajah mengikut format yang telah ditetapkan (Lampiran A) dan diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan Rancangan Pemajuan Sekolah yang telah dinyatakan dalam proses aliran seperti yang terdapat dalam lampiran B dan C pada atau sebelum 31 March 2010 ke unit NKRA En. Zamri Bin Mohamad Yusob atau En. Mohd Sabri Bin Sulaiman.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATA LINUS SARINGAN 1 2010


PDF Cetak E-mail
Makluman Semasa (Bahagian Teks Yang Scroll)
Ditulis oleh MOHD ARSHAD OTHMAN   
Isnin, 22 Mac 2010 09:03
Kepada
Semua Guru Besar
SK/SABK/SJKC/SJKT
Daerah Alor Gajah
Sila hantar data LINUS Saringan 1 2010 dengan segera.
Attachments:
Download this file (data linus saringan 1 sekolah.xls)borang data LINUS Saringan 1[ ]26 Kb

AKTIVITI LOG IN EMIS ONLINE SEKOLAH

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Zakaria b Othman   
Jumaat, 19 Mac 2010 09:53
Tahniah kepada GDM yang telah membuat pengemaskinian data emis online seperti di attachments.

Thursday, March 18, 2010

LAGI DAN LAGI

March 17, 2010 19:46 PM
RMAF Copter Makes Emergency Landing At School Field
ALOR GAJAH, March 17 (Bernama) -- A Royal Malaysian Air Force helicopter had to make an emergency landing at the field of Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Pulau Sebang, near here, due to technical problems.

In a statement issued in Kuala Lumpur, the Defence Ministry said the SK 61A Nuri from the 10th Squadron based at the Kuala Lumpur air base landed at 8.40am.

"The incident does not result in any injuries to the crew or damage to the helicopter," the ministry said.

The helicopter was on its way from the Kuala Lumpur air base to Terendak Camp here for a training at the army training centre (Pulada).

The helicopter was being repaired for a minor damage, it said.

The ministry also called on the media and the people not to make any speculation on the incident.

A police spokesman said four people were onboard the helicopter including the pilot.

"The pilot, with the rank of a captain, was forced to make the emergency landing when one of the sensor lamps on the helicopter screen kept flashing," the spokesman said when contacted by Bernama.

-- BERNAMA

ARTIKEL DARI THE STAR

Thursday March 18, 2010

Emergency landing by pilot


PETALING JAYA: A technical glitch forced a Royal Malaysian Air Force Nuri helicopter to make an emergency landing at SMK Pulau Sebang in Tampin, Negri Sembilan.
No one was injured when the helicopter, from the 10th Squadron based in Sungai Besi, Kuala Lumpur, landed at 8.40am yesterday.
The helicopter was headed for the Terendak camp in Malacca for a training exercise, the Defence Ministry said in a statement.
The pilot detected a technical error and decided to check on it.\

* ERROR: SJKT Pulau Sebang, not SMK Pulau Sebang

LAGI ARTIKEL MENGENAI NURI

Nuri mendarat cemas

KUALA LUMPUR 17 Mac - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pulau Sebang, Tampin, Negeri Sembilan, hari ini.
Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur ke Kem Terendak, Melaka bagi tujuan latihan di Pusat Latihan Darat (Pulada).
Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, ketika perjalanan, juruterbang mengesan gangguan teknikal lalu mengambil keputusan untuk mendarat.
"Langkah yang diambil juruterbang itu adalah mengikut prosedur ditetapkan bagi melaksanakan pemeriksaan lanjut ke atas pesawat berkenaan.
"Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan anak kapal mahupun kerosakan terhadap pesawat," katanya di sini hari ini.
Kenyataan itu menambah, sehingga petang ini, pesawat dari No. 10 Skuadron masih sedang dibaiki jurutera dan juruteknik TUDM, namun tiada sebarang kerosakan teknikal yang serius.
"Justeru, semua pihak diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan pendaratan tersebut," jelasnya lagi.

tengok lagi NURI

Kepada yang berminat nak tau pasal NURI hinggap di sekolah ni. Kita tengok gambar-gambar ni lagi ye


ha...ni la budak-budak sekolah ni bersama NURI.. Terbukti kan?


eii...jangan dekat dengan NURI..

Helikopter untuk recovery sedia mendarat untuk menurunkan jurutera-jurutera.


Habuk berterbangan dek kekuatan kipas helikopter


Haa..cik abg dan kak jurutera da sampai..


inilah..barisan kita...yang ikhlas berjuang..hehe

haa..dah buka depan tu betul-betul nampak macam nuri.. Situasi di mana NURI sedang diperbaiki.

GAMBAR-GAMBAR SI NURI

Wednesday, March 17, 2010

WASPADA TERHADAP PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI KAWASAN SEKOLAH


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh UNIT HEM   
Rabu, 17 Mac 2010 11:21
Mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan kawasan sekolah tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes.Pemeriksaan hendaklah dilakukan berdasarkan borang KD 1 dan KD 2 .Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah akan menjalankan pemeriksaan di sekolah -sekolah pada bila bila masa dan akan mengambil tindakan dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 ( Pindaan 2000 ) sekiranya terdapat pembiakan aedes,kompoun RM 500.00 akan dikenakan.

MSSM KAWASAN ALOR GAJAH


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh JONIT BIN MARSIN -PENYELIA SUKAN   
Rabu, 17 Mac 2010 10:49
Diminta pihak sekolah menengah dan sekolah rendah kawasan Alor Gajah mengambil running programme Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Kawasan Alor Gajah Kali Ke 35 di Unit Sukan PPD Alor Gajah.

KEMASKINI MAKLUMAT QNET ONLINE (SEGERA)

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Unit Kurikulum   
Selasa, 16 Mac 2010 15:56
Kepada Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah,
Daerah Alor Gajah.

Untuk makluman dan tindakan sekolah Men/Ren berkaitan (u.p: Setiausaha peperiksaan sekolah). Didapati sekolah masih lagi belum melengkapkan/mengemaskinikan maklumat Qnet secara online (Ujian 1). Sila ambil tindakan dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN NURI

Alami kerosakan: Helikopter mendarat cemas di Tampin

17/03/2010 2:28pm

SEREMBAN 17 Mac – Penduduk di Pulau Sebang di Tampin gempar apabila sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pulau Sebang, pagi ini.
Helikopter tersebut yang dipercayai mengalami kerosakan teknikal, bagaimanapun selamat mendarat di padang sekolah berkenaan pukul 8.30 pagi ini, tanpa berlaku sesuatu insiden buruk. – Utusan

NURI selamat berlepas

Sang NURI selamat berlepas semula dan meneruskan perjalanan ke Ulu Tiram. Jam 2.30 ptg pesawat berjaya berlepas setelah dibaiki oleh sekumpulan jurutera yang mendarat dengan sebuah lagi helikopter jam 1.05 tghri td. Semoga mereka selamat sampai ke destinasi.;)

NURI hinggap di SJKT Pulau Sebang

Kira-kira jam 8.45 pagi tadi, sebuah helikopter NURI milik TUDM mendarat kecemasan di padang SJKT Pulau Sebang. Kejadian tersebut disebabkan masalah kecil yang di alami pesawat NURI tersebut. Ketika kejadian terdapat murid-murid, guru serta staf-staf lain yang sedang bertugas di kawasan sekolah. Kejadian helikopter mendarat di sekolah jarang-jarang berlaku dan menjadi perhatian warga sekolah serta komuniti berdekatan. Segala maklumat terperinci tidak dapat didedahkan kerana adalah menjadi rahsia TUDM.

Tuesday, March 16, 2010

SEMAK SEMUA MEDAN


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Zakaria b Othman   
Isnin, 15 Mac 2010 16:41
Diminta semua GDM, sila semak semua medan yang terdapat di dalam emis online seperti peribadi, perkhidmatan, kelulusan akademik, kelulusan ikhtisas, latihan, elaun, mata pelajaran ajar, sejarah perkhidmatan, kokurikulum dan tugas khas bagi guru dan bukan guru. Semakan ini perlu dilakukan oleh GDM kerana terdapat 124 muka surat ralat termasuk ralat kritikal bagi Daerah Alor Gajah. Sila bertindak segera!Embarassed

DATA EMIS ONLINE FEB 2010


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Zakaria b Othman   
Isnin, 15 Mac 2010 09:50
Diminta GDM sekolah, sila buat pengemaskinian enrolmen seperti pada 28 Feb. 2010 bagi sekolah-sekolah di attachments.

Attachments:
Download this file (Enrolmen 28 Feb 2010.xls)Enrolmen 28 Feb 2010.xls[ ]27 Kb