LOGO


Friday, August 20, 2010

Kalvi Vila

KARNIVAL KALVI VILA - 10 JULAI 2010


Pada 10 Julai 2010, satu karnival peringkat negeri Melaka telah berlangsung di SJK(T) Pulau Sebang. Karnival ini dikenali sebagai Kalvi Vila. Karnival ini adalah satu karnival tahunan yang diadakan untuk sekolah-sekolah Tamil dalam negeri Melaka ini. Pada tahun ini adalah giliran bagi SJK(T) Pulau Sebang untuk menjadi tuan rumah bagi karnival ini.

Kalvi Vila kali ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai acara telah diadakan termasuklah berbagai-bagai pertandingan bagi kategori peringkat sekolah-sekolah tamil. Setiap sekolah telah menghantar wakil-wakil mereka untuk bertanding bagi pelbagai kategori pertandingan seperti pertandingan syarahan, bercerita bahasa Tamil , syair  dan 'story telling'.

Di akhir karnival diadakan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sebelum itu. Kami dari pihak SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta-peserta yang berjaya memenangi kategori masing-masing dan tidak dilupakan kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian. Kalah dan menang adalah adat pertandingan, tetapi objektif yang dicari adalah kecemerlangan para pelajar dan integrasi pelajar-pelajar dan guru-guru dari seluruh sekolah tamil negeri Melaka amnya.

Dibawah dilengkapkan dengan gambar-gambar sepanjang karnival Kalvi Vila diadakan. Diharapkan anda menyukainya. Terima Kasih dan jumpa lagi di lain artikel.


Monday, August 16, 2010

Pameran dan Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan - 22 Jun 2010

Salam sejahtera semua,

Pada 22 Jun 2010 yang lalu, satu pameran mengenai Dadah dan Ceramah Anti Dadah peringkat sekolah telah berlangsung. Acara ini diadakan secara tahunan sebagai cara dan kempen untuk mendidik rakyat Malaysia khususnya murid-murid sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Pameran dan ceramah tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah dibawah kelolaan Pn. Kaliamah dengan kerjasama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Alor Gajah. Pameran mengenai dadah ditempatkan di susur gajah di antara blok bilik darjah dengan kantin sekolah untuk memudahkan murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat pameran yang penuh informasi mengenai dadah dan bahaya penyalahgunaannya. Serentak dengan pameran tersebut juga, sesi ceramah diadakan bertempat di bilik Sains SJK(T) Pulau Sebang sepangjang waktu persekolahan dengan murid-murid di tempatkan secara berkelompok mengikut kelas masing-masing.
Di bawah diselitkan juga gambar-gambar sepanjang berlangsungnya program ini. Diharapkan semua warga SJK(T) Pulau Sebang dapat menimba pengetahuan dari pameran dan ceramah yang telah diadakan tersebut.

Sekian,







Selamat Kembali

Hai! Salam 1Malaysia,

Kini laman blog SJK(T) Pulau Sebang akan diisi dengan makluman-makluman semula. Semoga laman ini dapat memberi pengetahuan dan makluman serba sedikit mengenai sekolah ini dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Selamat membaca!!

Wednesday, August 4, 2010

MAKLUMAN PENUBUHAN MAKMAL KOMPUTER SJK(T) PULAU SEBANG

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Seperti makluman warga SJK(T) Pulau Sebang, sebelum sekolah ini tidak mempunyai sebuah makmal komputer yang boleh digunakan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran ataupun program-program bersesuaian dengan ICT. Namun sejak Jun 2010, dengan alternatif daripada Fasilitator Schoolnet sekolah dan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah, usaha pengwujudan sebuah makmal komputer untuk SJK(T) Pulau Sebang telah dimulakan.
Usaha dimulakan dengan pemindahan talian (schoolnet) iaitu jaringan internet untuk sekolah-sekolah Malaysia daripada lokasi asal sebelum ini di Bilik Pemulihan ke sebuah bilik yang akan dijadikan sebuah makmal komputer. Pihak sekolah berusaha membekalkan peralatan yang diperlukan dan kos-kos pemindahan dengan permintaan daripada Fasilitator Schoolnet.
Kerja-kerja mengecat semula makmal juga dibuat selain daripada penyusunan komputer-komputer mengikut kesesuaian saiz makmal dan diikuti dengan kerja-kerja pengkabelan (network). Disasarkan dalam pertengahan bulan 8, semua kerja-kerja penubuhan makmal komputer akan berjaya disiapkan dan akan disusuli dengan Perasmian Mini Makmal Komputer SJK(T) Pulau Sebang dan diikuti dengan pelancaran Bulan ICT 2010 yang berkemungkinan akan dijalankan pada bulan 9. Sehubungan dengan kerja-kerja pengwujudan makmal komputer ini, permohonan maaf dipinta oleh pihak Fasilitator Schoolnet SJK(T) Pulau Sebang, Mohd Najib B Abd Razak kerana tidak dapat memuatkan hebahan baru dan selitan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah sepanjang proses tersebut. Segala artikel-artikel berkaitan akan dimuat naik selepas kerja-kerja penubuhan makmal komputer sekolah selesai. Harap maaf.

Terima Kasih semua kerana membaca.