LOGO


Monday, November 22, 2010

Selamat Bercuti

Salam Sejahtera,

Pihak SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar SJK(T) Pulau Sebang tahun 2010 dan juga selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar Tahun 6 (2010) yang akan membuka lembaran baru dalam sejarah persekolahan mereka dengan memasuki alam sekolah menengah. Kami di SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan tahniah kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu da meningkatkan usaha anda dimasa akan datang manakala yang kurang berjaya diharapkan dapat menguatkan semangat anda dan lipat gandakan usaha untuk masa yang akan datang. Cuti persekolahan 2010 bermula pada 20 November 2010 dan akan berakhir pada 2 Januari 2011 nanti. Selamat bercuti kepada anda semua dan isi masa cuti anda kali ini dengan melakukan perkara-perkara berfaedah dan menyeronokkan anda. Jangan lupa ke sekolah tahun hadapan ya!!

Blog Palsu

http://ipulausebangtamilschool.blogspot.com/

Seperti yang disenaraikan di atas, blog tersebut adalah blog palsu bagi SJK(T) Pulau Sebang. Penulis blog tersebut cuba mengambil berita-berita asal dari blog ini dan disenaraikan dalam blog tersebut tanpa kebenaran dari pihak penulis blog ini dan SJK(T) Pulau Sebang. Oleh itu, penulis blog tersebut dinasihatkan untuk membatalkan akaun blog tersebut kerana melanggar hak kerana blog ini merupakan pemuka dan imej SJK(T) Pulau Sebang dan tidak boleh ditiru atau diciplak oleh mana-mana pihak kecuali mendapat kebenaran pihak penulis blog www.sjktpulausebang.blogspot.com atau terus melalui pihak SJK(T) Pulau Sebang. Harap pengikut atau pembaca blog asal ini sedia maklum dengan permasalahan ini. Sekian

Friday, August 20, 2010

Kalvi Vila

KARNIVAL KALVI VILA - 10 JULAI 2010


Pada 10 Julai 2010, satu karnival peringkat negeri Melaka telah berlangsung di SJK(T) Pulau Sebang. Karnival ini dikenali sebagai Kalvi Vila. Karnival ini adalah satu karnival tahunan yang diadakan untuk sekolah-sekolah Tamil dalam negeri Melaka ini. Pada tahun ini adalah giliran bagi SJK(T) Pulau Sebang untuk menjadi tuan rumah bagi karnival ini.

Kalvi Vila kali ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai acara telah diadakan termasuklah berbagai-bagai pertandingan bagi kategori peringkat sekolah-sekolah tamil. Setiap sekolah telah menghantar wakil-wakil mereka untuk bertanding bagi pelbagai kategori pertandingan seperti pertandingan syarahan, bercerita bahasa Tamil , syair  dan 'story telling'.

Di akhir karnival diadakan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sebelum itu. Kami dari pihak SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta-peserta yang berjaya memenangi kategori masing-masing dan tidak dilupakan kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian. Kalah dan menang adalah adat pertandingan, tetapi objektif yang dicari adalah kecemerlangan para pelajar dan integrasi pelajar-pelajar dan guru-guru dari seluruh sekolah tamil negeri Melaka amnya.

Dibawah dilengkapkan dengan gambar-gambar sepanjang karnival Kalvi Vila diadakan. Diharapkan anda menyukainya. Terima Kasih dan jumpa lagi di lain artikel.


Monday, August 16, 2010

Pameran dan Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan - 22 Jun 2010

Salam sejahtera semua,

Pada 22 Jun 2010 yang lalu, satu pameran mengenai Dadah dan Ceramah Anti Dadah peringkat sekolah telah berlangsung. Acara ini diadakan secara tahunan sebagai cara dan kempen untuk mendidik rakyat Malaysia khususnya murid-murid sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Pameran dan ceramah tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah dibawah kelolaan Pn. Kaliamah dengan kerjasama pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Alor Gajah. Pameran mengenai dadah ditempatkan di susur gajah di antara blok bilik darjah dengan kantin sekolah untuk memudahkan murid-murid untuk melihat dengan lebih dekat pameran yang penuh informasi mengenai dadah dan bahaya penyalahgunaannya. Serentak dengan pameran tersebut juga, sesi ceramah diadakan bertempat di bilik Sains SJK(T) Pulau Sebang sepangjang waktu persekolahan dengan murid-murid di tempatkan secara berkelompok mengikut kelas masing-masing.
Di bawah diselitkan juga gambar-gambar sepanjang berlangsungnya program ini. Diharapkan semua warga SJK(T) Pulau Sebang dapat menimba pengetahuan dari pameran dan ceramah yang telah diadakan tersebut.

Sekian,







Selamat Kembali

Hai! Salam 1Malaysia,

Kini laman blog SJK(T) Pulau Sebang akan diisi dengan makluman-makluman semula. Semoga laman ini dapat memberi pengetahuan dan makluman serba sedikit mengenai sekolah ini dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Selamat membaca!!

Wednesday, August 4, 2010

MAKLUMAN PENUBUHAN MAKMAL KOMPUTER SJK(T) PULAU SEBANG

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Seperti makluman warga SJK(T) Pulau Sebang, sebelum sekolah ini tidak mempunyai sebuah makmal komputer yang boleh digunakan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran ataupun program-program bersesuaian dengan ICT. Namun sejak Jun 2010, dengan alternatif daripada Fasilitator Schoolnet sekolah dan sokongan daripada pihak pengurusan sekolah, usaha pengwujudan sebuah makmal komputer untuk SJK(T) Pulau Sebang telah dimulakan.
Usaha dimulakan dengan pemindahan talian (schoolnet) iaitu jaringan internet untuk sekolah-sekolah Malaysia daripada lokasi asal sebelum ini di Bilik Pemulihan ke sebuah bilik yang akan dijadikan sebuah makmal komputer. Pihak sekolah berusaha membekalkan peralatan yang diperlukan dan kos-kos pemindahan dengan permintaan daripada Fasilitator Schoolnet.
Kerja-kerja mengecat semula makmal juga dibuat selain daripada penyusunan komputer-komputer mengikut kesesuaian saiz makmal dan diikuti dengan kerja-kerja pengkabelan (network). Disasarkan dalam pertengahan bulan 8, semua kerja-kerja penubuhan makmal komputer akan berjaya disiapkan dan akan disusuli dengan Perasmian Mini Makmal Komputer SJK(T) Pulau Sebang dan diikuti dengan pelancaran Bulan ICT 2010 yang berkemungkinan akan dijalankan pada bulan 9. Sehubungan dengan kerja-kerja pengwujudan makmal komputer ini, permohonan maaf dipinta oleh pihak Fasilitator Schoolnet SJK(T) Pulau Sebang, Mohd Najib B Abd Razak kerana tidak dapat memuatkan hebahan baru dan selitan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah sepanjang proses tersebut. Segala artikel-artikel berkaitan akan dimuat naik selepas kerja-kerja penubuhan makmal komputer sekolah selesai. Harap maaf.

Terima Kasih semua kerana membaca.

Friday, May 21, 2010

SAMBUTAN HARI GURU

            Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Namun, pada tahun 2010 ini, tanggal 16 Mei jatuh pada hari Ahad. Sungguh pun begitu, untuk menghargai sumbangan golongan pendidik di negara ini, Sambutan Hari Guru 2010 diadakan pada 17 Mei 2010 oleh warga SJK (T) Pulau Sebang. Pelbagai acara dijalankan pada hari tersebut diantaranya perhimpunan untuk pembacaan perutusan Hari Guru 2010 dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin. Tema Sambutan Hari Guru 2010 adalah "Guru Pembina Negara Bangsa", persembahan dari murid-murid, nyanyian dan ikrar dari guru-guru SJK(T) Pulau Sebang, Sukaneka guru-guru dan murid-murid serta jamuan.

           Sisipan daripada Sambutan Hari Guru 2010 peringkat SJK(T) Pulau Sebang boleh dilihat seperti dalam gambar-gambar di bawah.
Perhimpunan
Perhimpunan Sambutan Hari Guru 2010

 
Jamuan Kelas

Sukaneka

Wednesday, April 21, 2010

Minggu Bahasa Malaysia




Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa Minggu Bahasa Malaysia 2010 SJK (T) Pulau Sebang yang telah berlangsung pada 29 Mac 2010 sehingga 2 April 2010 yang lalu. Kita lihat paparan serba sedikit mengenai aktiviti yang telah dijalankan di sekolah.


Monday, April 5, 2010

Gotong-royong SJKT Pulau Sebang

Pada 31 Mac yang lalu, satu program gotong-royong telah dijalankan di sekitar kawasan SJKT Pulau Sebang. Gotong-royong berlansung dari jam 3 petang dan berakhir kira-kira sejam selepas itu. Program ini amat berguna kerana disamping kawasan sekitar sekolah dapat dibersihkan dan dicantikkan, murid-murid diberi pendedahan yang berguna kerana menjaga kebersihan adalah amat dituntut. Akhir kata, selamat menjaga keceriaan sekolah dan belajarlah dengan suasana yang kondusif!! Selamat berjaya!!

 Dibawah adalah gambar-gambar sekitar proses gotong royong di sekolah..


terbongkok-bongkok mereka mengutip sampah...

Suka mereka melakukan aktiviti ini






Duduk la pula...

patut la... dah mendung rupanya...

cantik kan?