LOGO


Friday, August 20, 2010

KARNIVAL KALVI VILA - 10 JULAI 2010


Pada 10 Julai 2010, satu karnival peringkat negeri Melaka telah berlangsung di SJK(T) Pulau Sebang. Karnival ini dikenali sebagai Kalvi Vila. Karnival ini adalah satu karnival tahunan yang diadakan untuk sekolah-sekolah Tamil dalam negeri Melaka ini. Pada tahun ini adalah giliran bagi SJK(T) Pulau Sebang untuk menjadi tuan rumah bagi karnival ini.

Kalvi Vila kali ini dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai acara telah diadakan termasuklah berbagai-bagai pertandingan bagi kategori peringkat sekolah-sekolah tamil. Setiap sekolah telah menghantar wakil-wakil mereka untuk bertanding bagi pelbagai kategori pertandingan seperti pertandingan syarahan, bercerita bahasa Tamil , syair  dan 'story telling'.

Di akhir karnival diadakan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sebelum itu. Kami dari pihak SJK(T) Pulau Sebang mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta-peserta yang berjaya memenangi kategori masing-masing dan tidak dilupakan kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian. Kalah dan menang adalah adat pertandingan, tetapi objektif yang dicari adalah kecemerlangan para pelajar dan integrasi pelajar-pelajar dan guru-guru dari seluruh sekolah tamil negeri Melaka amnya.

Dibawah dilengkapkan dengan gambar-gambar sepanjang karnival Kalvi Vila diadakan. Diharapkan anda menyukainya. Terima Kasih dan jumpa lagi di lain artikel.


No comments:

Post a Comment