LOGO


Tuesday, March 23, 2010

JAWATANKUASA SKPM


PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh PEGAWAI NKRA   
Isnin, 22 Mac 2010 11:19
Kepada :

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Di Daerah Alor Gajah

Tuan / Puan,

SENARAI JAWATANKUASA SKPM DAN RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH BERDASARKAN KEPUTUSAN PKS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Bersama-sama ini disertakan surat edaran Kementerian Pelajaran Malaysia KP(JNJK) 1100/4/C(36) bertarikh 10 Disember 2009 berhubung Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

3.         Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah ingin memaklumkan kepada semua Pengetua / Guru Besar untuk mewujudkan satu Jawatankuasa SKPM  bagi menentukan tugas ahli yang terlibat dalam mencapai sasaran Skor SKPM sekolah masing-masing. Senarai ahli JK SKPM serta tugas ahli hendaklah di hantar ke PPD Alor Gajah mengikut format yang telah ditetapkan (Lampiran A) dan diharapkan pihak sekolah dapat menyediakan Rancangan Pemajuan Sekolah yang telah dinyatakan dalam proses aliran seperti yang terdapat dalam lampiran B dan C pada atau sebelum 31 March 2010 ke unit NKRA En. Zamri Bin Mohamad Yusob atau En. Mohd Sabri Bin Sulaiman.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

No comments:

Post a Comment